Tokoh-tokoh Komputer

1.HOWARD AIKEN

Howard Aiken lahir pada 9 Maret 1900 di Hoboken, New Jersey, Amerika. Aiken adalah orang yang mencetuskan ide untuk dibuat sebuah mesin penghitung yang dapat membantu penelitian yang kemudian mesin ini diberi nama Mark I, cikal bakal komputer modern seperti yang ada saat ini. Aiken berkuliah di University of Wisconsin, Madison. Pada tahun 1939 memperoleh gelar Doktor nya dari Harvard University dan menjadi guru besar di universitas tersebut.

2.RICHARD STALLMAN

Richard Stallman merupakan salah satu tokoh komputer modern. Dia merupakan pelopor dari Free Software Foundation (FSF) yang menghasilkan software GNU. Dia juga yang membuat editor emacs. Richard Matthew Stallman lahir di New York pada tahun 1953 sebagai seorang anak tunggal. Dia sangat menggemari matematik sehingga kadang-kadang dia mengatakan bahawa nama tengahnya adalah "math you" (bunyi sama seperti matthew). Stallman kemudian pergi kuliah di Hardvard di tahun 1970. Pada suatu saat (1971?) dia mengunjungi Artificial Intelligence (AI) lab di MIT dan kemudian diberi pekerjaan sementara (summer job). Setelah itu dia kemudian tetap berkerja di MIT AI Lab, yang sering disebut sebagai kandang hackers (pada masa itu). Perlu diingat bahwa yang dimaksud hacker di sini bukan orang yang senang merosakkan komputer miliki orang lain akan tetapi orang yang senang ngoprek komputer.

Richard mengembangkan editor Emacs di MIT AI lab. Emacs sebenarnya merupakan singkatan dari "Editing MACroS", tapi sempat diplesetkan menjadi "eight megabytes and continuously swapping" kerana ukurannya yang sangat besar (menurut standard waktu itu) sehingga komputer yang digunakan sering swapping. Emacs sendiri pada akhirnya tidak sekadar editor teks biasa akan tetapi sudah menyerupai sebuah operating system sendiri (kerana kita biasa melakukan apa saja dalam emacs: baca email, edit file, hapus file, file transfer, dan seterusnya).

3.Donald Knuth

Donald Knuth merupakan salah satu orang penting di dunia "computer science". Hasil karyanya antara lain adalah satu seri buku yang diberi nama "The Art of Computer Programming". Sementara itu dia juga membuat revolusi di dunia typografi dengan karyanya seperti METAFONT dan TeX.

Knuth menerima penghargaan A. M. Turing Award of the ACM pada tahun 1974. Lecture award yang diberikannya berjudul, "Computer Programming as an Art".

4.Steve Paul Jobs

Steve Jobs merupakan pendiri Apple Computer, NeXT, dan Pixar. Dia merupakan salah satu tokoh berkembangnya industri personal computer, dan pemain utama di Silicon Valley, dengan mendirikan Apple. Tokoh revolusi PC. Visionary. Dan berbagai titel lain dipegang oleh Steve Jobs. Namun, dia juga dikenal dengan sifatnya (kelakuannya) yang menuntut terlalu banyak, arogan, perfectionist, dan eksentrik.

Steve Jobs mendirikan Apple di tahun 1976 bersama dengan Steve Wozniak. Dalam perseteruan yang cukup ramai antara Steve Jobs dan CEO kala itu, board of directors memilih untuk menendang Jobs. Steve Jobs kembali ke Apple di tahun 1997 ketika Apple membeli NeXT software.

5.CHARLES BABBAGE, BAPA KOMPUTER


Charles Babbage dilahirkan pada tahun 1791 di England. Beliau merupakan seorang perekacipta dan mahir dalam bidang matematik. Pada suatu hari apabila beliau cuba menyelesaikan beberapa masalah matematik, beliau mendapati bahawa jadual-jadual matematik yang beliau gunakan penuh dengan beberapa kesilapan. Beliau memutuskan bahawa suatu mesin boleh direkacipta yang membolehkannya memnyelesaikan masalah matematik dengan mengira perbezaan antara dua persamaan matematik. Oleh itu beliau membuat satu mesin demonstrasi yang dipanggil mesin pembeza (difference engine). Mesin yang diciptanya mendapat sambutan yang baik sehinggakan pada tahun 1830 beliau telah memutuskan untuk memulakan pembinaan ke atas satu versi model mesin pembeza yang sempurna, dengan bantuan kewangan dari kerajaan British pada masa itu.

Walau bagaimanapun, beliau mendapati bahawa kesilapan-kesilapan yang terkecil adalah cukup untuk membuatkan mesin yang direkanya tidak berfungsi. Beliau telah dipandang rendah oleh rakan-rakan seperjuangannya yang menganggapnya sebagai seorang yang hendak mencipta sesuatu mesin yang cukup mustahil. Akhirnya kerajaan British menark balik bantuan kewangan yang diberikan kepada beliau.

Namum begitu, beliau tidak putus asa. Beliau kemudiannya merekabentuk sebuah mesin yang lain, dipanggil mesin analitikal (analytical engine), di mana mesin tersebut berupaya menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Mesin itu juga tidak pernah dibina oleh beliau pada masa itu, tetapi ia merangkumi lima bahagian utama yang terdapat pada komputer-komputer masa kini, iaitu:
sebuah alat input,

sebuah ruangan ingatan untuk menyimpan nilai nombor yang hendak diproses,
sebuah pemproses (processor) atau pengira nombor,
sebuah unit kawalan untuk mengarahkan tugas-tugas yang akan dijalankan dan turutan pengiraan, dan
sebuah alat output.

Jika Charles Babbage adalah bapa kepada komputer, maka Augusta Ada Byron (kemudiannya dikenali sebagai The Countess of Lovelace) adalah merupakan pengaturcara (programmer) yang pertama sekali di dunia. Beliau telah membantu Babbage dalam merekabentuk arahan-arahan untuk mengendalikan proses-proses pengirann untuk mesin analitikal tersebut. Penglibatan beliau tidak boleh diperkecilkan: beliau telah memastikan bahawa secara teorinya rekacipta Charles Babbage boleh berfungsi. Tambahan pula, beliau telah menerbitkan beberapa siri nota-nota yang kemudiannya membolehkan mereka pada masa kini merealisasikan impian Charles Babbage.